Thursday, May 28, 2020

Aku bukan ibu yang gigih sangat nak beli produk penjagaan bayi yg overpriced, segalanya nak organik, sanitized, dll. Aku tahu sesetengah ibu tiada pilihan sebab anak diorang perlukan produk2 sedemikian kerana kulit mereka sensitif, alahan dan sebagainya.

Ada juga aku beli sabun pencuci khas untuk pakaian bayi sebelum lahir lagi. Tapi aku campur je guna sabun serbuk biasa melihatkan kulit bayi aku yang alhamdulillah tak begitu sensitif.

Masa mengandung haritu kulit ku tetiba mudah kering terutama di bahagian perut. Sampai jadi gatal. Makanya perlulah aku mencari sabun mandi yg tak mengeringkan. Guna shower gel body shop, kering. Guna lifebuoy apatah lagi khuen.

Ting! Keluarlah idea aku nak try l'occitane almond shower oil. Alhamdulillah serasi lah pulak, dah takde masalah menggaru perut. Walaupun aku dah bosan dgn baunya sbb sepanjang mengandung mandi dengan shower oil tu. Sekarang pon guna yg tu lagi, memandangkan perut aku mcm belon yg terik tetiba mengecut keluar angin. Sebotol 250ml boleh tahan lebih kurang 4 bln sbb guna sikit pon dah cover seluruh badan. So aku recommend sesiapa yg kulit kering gunalah shower OIL. Dah survey produk mandian apa dlm bentuk oil selain l'occitane. Nehi babuji. Takdek. Paling hampir pon shokubutsu shower oil, tapi mcm bersabun jua yg tu so aku taktau. Korang try la ye mana tau serasi tak payah habiskan duit beli l'occitane.

Itu lah penemuan ikhlas aku, aku kongsi mana tau korang ada masalah yg sama.

No comments: