Sunday, March 5, 2017

Percubaan

Saya sedang mengusahakan satu projek peribadi yang tidak begitu menyenangkan jiwa. Saya perlu memulakan langkah kecil ini, walaupun ianya satu jalan yang penuh sunyi dan membebankan.

Setiap hari jantung saya berdegup dengan denyutan pantas yang mendebarkan. Berhadapan dengan titik paling lemah yang sering saya elakkan, saya mahu menjadi diri yang baru. Berkali-kali saya pujuk diri, bila semangat terasa seperti tercampak keluar dari jasad.

Kelumpuhan emosi yang dialami terasa begitu asli, seakan datang menyiat tubuh saya bermula dari kaki. Semuanya tidak menjadi, saya masih mencari rentak. Sehingga saya temukan rentak itu, saya akan terus memerah usaha dan takkan putus asa.

Delusi telah menggambarkan bahawa saya akan terus mara. Lantai pasti akan jadi lebih rata. 




No comments: