Sunday, August 21, 2016

Menuju kematian

Dalam bilik yang lengkap dgn katil, rak buku rujukan dan meja, aku meratap dengan penuh benci akan hal-hal yang akan berlaku esok hari.

Sudah berhari-hari aku bercatu tidur, progress tetap seperti kuman merangkak.

Tiada kefahaman yang mantap, hanya maklumat yang cuba diselit-selitkan di celah-celah memori sebagai kesinambungan dengan fakta baru.

Saya sudah luahkan peluru-peluru berapi di depan rezeki dalam keadaan wangi kerana ada temujanji.

Dalam sejuk pagi, aku pernah merayu untuk satu perkara yang terlalu menyeksa batin aku. Dan keadaan menjadi baik untuk seketika sebelum berlaku sebuah lagi petaka.

Aku ditipu bulat-bulat, leper-leper dan lonjong-lonjong oleh penipu kurang mahir. Pergi mampos sana.


No comments: