Friday, July 22, 2016

Dulu-dulu bila duduk serumah dengan macam-macam ragam manusia, macam-macamlah juga peel nya.

So ada satu atau dua manusia ni yang suka benar ngengsot-ngengsotkan baju yang aku sidai di ampaian dalam rumah tu. Sebab dia nak baju dia duduk spot yang kena cahaya matahari, dan semua baju dia disidai setempat.

So teralih-alih lah baju aku satu ke sini satu ke sinun. Dok merata-rata. Sekali dua jadi aku buat tak tahu, benda remeh je kot. Cuma aku perasanlah jugak baju tu memang asyik teralih-alih je.

Sampai satu hari tu aku dah tak tahan asyik berjalan je baju aku. Yang dia nak alih2 barang orang ni kenapa. Aku apa lagi, tolakkkk semua baju dia jadi rapat2.

Endingnya. Dia kena turun bawah bawa baju masuk dryer kat kedai dobi. Sambil mulut menyumpah-nyumpah.

Sekarang kamu tahu dengan siapa kamu bermain kan.

No comments: