Monday, July 18, 2016

Bagaimana raya anda semua? Saya seperti biasa, beraya tanpa bergambar apatah lagi ootd.

 Pagi 1 Syawal tidak pernah menenangkan saya dan saya mahu hari tersebut berakhir dengan cepat. Sementelah kakak saya yang mengalami kecelakaan itu tidak dapat beraya di sini. Tahun ini merupakan tahun pertama untuk banyak perkara.

Pertama kali mendapat duit raya daripada anak buah. Pertama kali berbaju kebarung di pagi raya. Pertama kali tiga buah keluarga yang wajib melawat tidak datang melawat. Pertama kali keluarga yang tidak pernah datang selama berpuluh tahun pada raya pertama datang beraya pada raya pertama.

Mendepani hadangan yang tinggi, tanpa sedar tubuh saya mula menunjukkan kesan-kesan yang tidak dipinta.

Mudah-mudahan tahun berikutnya lebih manis.

No comments: