Sunday, June 26, 2016

Menjaga mulut adalah sama pentingnya dengan me matching kan tudung dengan baju. Aku suka untuk mengambil langkah yang pasif, berhati-hati dan kurang memenatkan jiwa dan jasad aku.

Contohnya jika depan mata aku seorang ibu yang berprinsip untuk memberi susu badan secara eksklusif, tetapi telah gagal membekalkan susu (baca: memerah susu dan membekalkannya kpd si penjaga) sampai anak melalak kelaparan kerana anak ini tidak diajar minum susu formula, bukankah aku boleh sound sesedap rasa aku?

Ikut nafsu memanglah boleh. Sebab masalah orang bukan masalah aku kan. Lagi2 bila aku tengok situasi tu menyusahkan banyak pihak. Tetapi aku bersyukur yang aku dapat menahan diri dari mengata benda yang takde kena mengena dengan aku. Aku juga tak perlu menjadi penasihat bila tidak diminta.

Situasi tu hanya untuk aku belajar menilai. Jalan mana yang sesuai diambil sekiranya berdepan dengan perkara itu. Soal penyusuan aku tidak mahu memberat2kan perkara yang tidak perlu.




No comments: