Thursday, August 27, 2015

aku & drama

Sebelum kita ke intipati yang sebenar, aku mahu hilangkan dulu rasa down aku setelah permohonan aku di reject.

Ya lah sebagai individu kerdil yang tiada nama dan belum terbukti kehandalan ku di mana, aku perlu berhati kering dan bersedia menerima tolakan sebegitu.

Aku akan duduk dan teliti kan semula. So never mind.

Bila tengok drama Korea sekurang kurangnya mood aku ok balik.

Yalah aku memang peminat drama Korea, walaupun aku tak kpop. Kalau orang suruh bagi nama pelakon atau penyanyi haram aku tak tahu. Sebab aku memang tengok drama untuk jalan ceritanya semata.

Pastu aku memilih juga kalau pelakon wanita tak berapa kena dengan taste aku, aku jadi taknak follow sangat.

Ada part dalam beberapa buah drama tu yang aku boleh relate dengan diri sendiri. Walaupun sepintas lalu saja sampai orang tak perasan, tapi dah cukup buat aku rasa terharu dan bersemangat.

Semalam aku follow cerita I Hear Your Voice. Hubungan heroin dengan mak nya paling menghiburkan.






No comments: