Thursday, April 11, 2013

Jodoh sekerat jalan

N ialah kawan aku,berparas agak menarik dan baru saja bercerai.Mengenali N,aku tahu itu adalah tindakannya yang paling berani selepas mengambil risiko berkahwin dengan lelaki dari keluarga yang ternama.

N selalu bergurau,dia cakap mereka pasangan Beauty & The Beast,dan N ialah The Beast-nya.Aku cakap takdelah kamu berdua sepadan saja dari paras rupa,cuma N anak kampung jadi N jelita seperti gadis kampung yang suci.Kami hanya tertawa dengan kejujuran pendapat masing-masing,begitulah selalunya pun.

Kisahnya N tidaklah memandang kepada bekas lelakinya si D pada awalnya kerana tahu cinta dua darjat takkan bawa mereka ke mana.Tetapi D pandai ambil hati N,plus,D seorang yang cukup solatnya,tidak sosial dan tidak merokok kerana keluarga D memang berdisiplin.Lalu berkahwin lah mereka.

Setelah beberapa ketika N menyepi,aku mendengar perkhabaran yang N memohon untuk menceraikan bekas suaminya itu.N cakap hati dia tak tenang,terasa seperti orang asing saja bila bersama keluarga D.Mula-mula,N mahu bersabar saja dengan kerenah keluarga mertua yang walaupun beragama,tetapi tetap memandang status sosial keluarga N.Yang lebih mengguris hati N,D tidak pandai handle masalah dan tidak pernah cuba menutup jurang yang ada,sebaliknya berada di pihak keluarganya dan membuatkan N terasa seperti orang luar yang terhegeh-hegeh saja.

Walaupun N sedikit terlambat dalam menilai baik-buruk kerana sudah terlanjur berkahwin,tetapi N taknak jatidirinya musnah akibat dihina dalam terang mahupun berkias.Tiada sebab untuk N terus menyeksa diri bersama mereka yang tidak menghargai kewujudannya.

Ya,aku akui N seorang yang cerdas,kelakar dan sentiasa menghiburkan dan pada masa yang sama,seorang yang berperibadi tinggi.N tidak mengumpat orang lain dan senang menolong orang.

Kerana kami dalam keadaan tergesa-gesa,kami tidak boleh berbual panjang.Sambil berpelukan,sempat N membisikkan kata kat telinga aku,jangan takut kahwin.

Aku hanya senyum sambil melihat kelibat N yang beransur hilang.






4 comments:

ahmad said...

entah kenapa member2 aku yang berparas agak menarik itulah yang bercerai

ahmad said...

bukan 'agak' lah, tapi boleh dikatakan 'paling'

klohv said...

nasyrun,kalau tak diceraikan,dipoligami-tanpa-rela-kan.

apalah harapan yg tinggal utk org average macam aku.

ahmad said...

tapi, member2 aku yang average bahagia je, takde pula yang bercerai berai. maka, silalah beroptimis