Friday, April 26, 2013

Jangan percaya

Satu karakter yang aku paling suka orang sebut tentang aku ialah aku kelakar.Gembira betul,sebab aku sempat tunjuk sisi itu secara spontan.

Bila orang cakap aku kelakar,maka sisi gedik dan hyperaktif aku nampak seimbang.Yalah,kalau orang lebih dulu nampak aku sebagai menggeletis,orang takkan kata aku kelakar,menyampah lagi adalah agaknya.Untuk pembetulan,aku bukan gedik,aku cuma takleh duduk diam,aku restless jadi jangan harap aku nak duduk statik lama-lama.

Kalau kamu malang (?),kamu akan terlihat aku yang sedang memarahi segala benda di bawah langit ini.Dan sekali lagi untuk membela diri,aku bereaksi sebegitu bertitik tolak kerana kamu juga.Samada kamu takde seni bertanya,atau otak kamu tidak senada dengan otak aku.Takpe,aku akan betulkan semua itu dari diri aku dulu.

Ada juga yang tak logik seperti komen tentang suara aku.Aku tahu suara aku macamana,jadi jika pendapat kamu bercanggah,bermakna kamu cuba ambil hati aku saja atau kamu terlalu nervous sampai tak boleh beza.

Begitu juga tentang ciri-ciri fizikal lain yang aku tak sanggup perincikan.







No comments: