Thursday, April 18, 2013

All or nothing

Malam ni aku ada masa untuk dibuang,jadi aku mahu membuang juga segala sampah yang menyakitkan hotak aku.

Beberapa perkara yang memerlukan aku menilai balik apa prinsip aku.

Aku takkan mempermainkan perasaan orang semata-mata untuk memenuhi masa lapang aku.Setiap kawan lelaki yang aku kenal itu aku sudah masukkan ke dalam kategori masing-masing,supaya senang untuk aku asingkan samada semua itu realiti ataupun cuma harapan aku pada seseorang tu.

Harapan boleh jadi sesuatu yang membahayakan,apatah lagi pelaksananya ialah orang lain.Apa punya tak waras-lah kalau aku mahukan sesuatu itu jadi seperti itu atau seperti ini,padahal kekangan-nya sudah dapat diagak sejak dari mula.

Kerana aku adalah bebas dari sesiapa,maka aku mahu kebebasan itu menenangkan aku,bukan sebaliknya.Sesetengah orang cakap,kawan je seramai yang boleh,lepas tuh pilihlah mana yang berkenan.Mungkin untuk diorang semua itu menyeronokkan,tapi aku tak.

Jangan salah faham,aku bukan nak kata aku banyak pemuja sampai rambang mata nak pilih.Jauh sekali ya semua tu.Apa yang aku nak sampaikan ialah aku betul-betul benci semua proses berkawan-kawan tu.Benci sampai hati aku jadi kebas je,takde rasa.

Jadi untuk sekarang,tiada siapa yang pergi lebih dari tahap kenalan.Belum ada sesiapa yang betul-betul mengujakan aku,buat aku rasa complete dan tak payah tengok orang lain walaupun ada yang tak sempurna pasal dia.




No comments: