Thursday, March 21, 2013

Hati yang salim

Walau tanpa diminta,maklumat datang kepada aku melalui borak-borak spontan.Barangkali untuk menguji darjah optimis aku terhadap manusia-manusia di sekitarku.

Otak aku dengan automatis mula menyusun balik setiap kronologi peristiwa;tentang tindak-tanduk dan usaha yang telah aku buat, juga meneliti respon mereka yang hadir mengiringi jalur hidup aku,lalu akhirnya membawa kepada apa yang berlaku sekarang.

Kecewa apabila aku merasa seperti diperkecilkan.Atau lebih tepatnya aku jauh hati.

Sebolehnya aku mahu menghormati orang-orang yang sewajibnya aku hormat.Apakah pemberontakan halus dalam benak fikiran aku selama ini mula memakan diri.Tidak,tidak,tidak,aku yakin setiap bisikan buruk itu sudah lama dikuburkan.

Aku tidak mahu jadi manusia yang banyak komplen dan sebolehnya akan cuba mencari rasional di sebalik terjadinya perkara-perkara yang bertentangan dengan hasrat aku.Aku boleh senaraikan ini sebagai cubaan aku untuk menjadi a bigger person,mungkinlah.

Bercakap tentang hasrat,adakalanya aku bergerak terlalu perlahan sampaikan orang-orang terdekat tidak menyedari perubahannya.

Aku merasakan ada kewajarannya untuk menyimpan semua impian aku di tempat yang paling selamat,sebelum datang setan-setan yang hanya mahu melihat aku tersungkur.

Lalu bergembira seolah-olah semua kegagalan itu abadi.




4 comments:

Pisey said...

I feel you sister. Stay alive, love.

nasyrun nasyrun said...

tempoh hari aku ada menonton filim the perks of being a wallflower, terus aku ingat ke mu haha

klohv said...

Pisey & nasyrun,kamu berdua ialah kegemaran saya :)

nasyrun nasyrun said...

wah, terharunya. terima kaseh daun keladi
isk3