Monday, February 25, 2013

Sejauh mana pon si kaya itu cuba menyelami perasaan orang susah,takkan sama dengan orang yg betul-betul susah.Perasaan terhimpit,terdesak dan kecewa si miskin takkan setara dengan orang yang tidak melaluinya secara nyata.

Aku bukan menyalahkan orang kaya.Dan bukan juga mahukan semua manusia merasai sengsara yang sama.

Kehidupan bukan begitu sifirnya.

Biarlah,mereka yang bebas dari masalah harta itu berbahagia kerana mereka pon tidak lepas dari tanggungjawab lain di dunia ini.Platform tinggi sudah ada,maka banyaklah rancangan yang bakal terlaksana dengan izinNya.

Manakan adil untuk menuding jari kepada mereka yang berada dalam persekitaran dan ruang yang berbeza.Kadang-kadang nikmat yang kita rasai by default itu,adalah satu perjuangan untuk manusia lain.

Aku tahu tak semua orang hidup bersandarkan kekayaan keluarga semata-mata.Ada yang berdikari memulakan kehidupan sendiri dari bawah.Persoalannya,adakah bawah untuk si kaya,sama dengan bawah si miskin?Maksud aku,menjadi susah dengan pilihan tak boleh dibanding dengan menjadi susah kerana memang itu hidup kau.

Okkay,aku tak mahu entri ini melencong ke lain sebelum aku dapat sampaikan point sebenar aku.Apa yang aku nak sampaikan ialah kita dilahirkan dengan matlamat utama yang sama.Tetapi tanggungjawab kita mungkin sedikit berbeza sesuai dengan apa yang kita ada.

Oh,aku tipu.

Bukan tu point aku.

Aku takde point sebenarnya.



No comments: