Monday, January 14, 2013

Racun

Takpelah,tak payah susah-susah balas dendam,takut kita cenderung untuk berlebih-lebih sedangkan aku,dia dan kamu,adalah makhluk yang sedang diuji.

Sudah tentu kita taknak jadi penganiaya selepas dianiaya,duakalilima saja kesannya.

Kalau ikutkan hati dan imaginasi,mahu saja aku hancurlumatkan tubuh kamu,biar kamu tak mampu bangun.Biar tangan kamu kaku,lidah kamu tersimpul kelu.Apalah dah macam mantera dah.

Mujurlah aku tak sempat pikir pasal remeh-temeh peribadi kamu,aku tak mahu bersekutu dengan hantu.

Sedang di dunia realiti pon aku tak ingin bermasam muka dengan sesiapa,inikan di alam virtual yang takde rupa.

Aku diam.

Kamu datang,aku tahu kamu takut aku meradang.Kan?

Aku ingat apa yang keluar dari mulut kamu lalu aku simpulkan yang kamu tak cukup akal.

Terlintas dalam hati aku,biar kamu 'lumpuh' saja dari menutur apa-apa.Dan sekarang kamu memang sudah tidak ada 'suara' kerana racun yang kamu adun sudah meruap ke seluruh anggota,meminta nyawa.


No comments: