Friday, November 2, 2012

Takkan tak boleh beza

Aku kecik2 selalu baca Gila-Gila.Banyak artikel satira (dan sinis) karangan penulis tersohor waktu itu.

Kartun bersiri seperti Manjalong danTiga Dara Pingitan antara yang menjadi kegemaran aku.

Kakak aku pesan,perkataan yg diboldkan dalam komik itu ialah bahasa tak rasmi jadi aku tak boleh guna untuk apa-apa tujuan rasmi.

Jadi aku hairan jikalau generasi yang lebih muda dari aku tak mampu nak bezakan penggunaan bahasa untuk urusan berbeza.

Mungkin pengaruhnya terlalu besar sehingga mereka teramat keliru?Atau kerana mereka malas serba-serbi?Malas belajar bahasa,malas membaca,malas ambil tahu,semuanya malas.