Saturday, November 24, 2012

Asas

Bertahun-tahun yang lalu,ketika saya katakan bahawa saya tak mampu tolerate lelaki yg liat solat,ada pembaca yang menyincang tulisan saya dengan membabi buta.

Saya mahu termuntah setiap kali terjumpa ayat "jangan menilai orang" dan apa-apa ayat yg sewaktu.

Bukan kerana saya tak bersetuju,tetapi kerana ayat itu selalu diguna tak kena pada tempat.

Jika saya katakan lelaki tak solat tidak sesuai dijadikan laki,itu bukan satu judgment atau pertuduhan,apatah lagi mahu mengata diri lebih mulia.Hal macam ni tak boleh nak dibandingkan dalam kategori menerima kelemahan pasangan.Ini bukan soal kelemahan,ini ialah satu bahaya yang perlu dihindari.

Lain lah jika saya katakan lelaki tak solat tu confirm masuk neraka,itu barulah dikatakan penilaian tak berasas.

Tiada yang lebih menyesakkan dada daripada melihat orang yg rapat dengan kita tidak melaksanakan solat.Segunung harta pon takkan mampu mendamaikan hati saya (kamu perlu percaya kerana kenyataan ini datang dari saya yg begitu cintakan wang ringgit).

Saban hari saya membaca pengakuan isteri yang terdera perasaan kerana suami liat solat.Jika bernasib baik sikit,suami tiada perangai buruk yang lain,hanya malas bab sembahyang.Tapi,jaranggg sangatlah kes macam tu,selalu datang dengan pakej-pakej lain jugak,kalau tak mencurang,kedekut nafkah.

Eh,ada suami tu tak sembahyang pon,tapi pandai cari pitis bagi makan anak bini.Bahagiaaa je diorang tu.

Hmm.Come again?