Tuesday, October 9, 2012

Mengenal Jauhari

Jarang sekali saya dapat menonton cereka melayu sehingga habis kerana satu,saya cepat hilang fokus,dua,saya tak berniat pon nak melangut depan tv melainkan untuk hilangkan rasa sunyi saja.

Tetapi drama RTM pada hujung minggu lalu masih berbaloi untuk ditonton dan saya ingin berkongsi ceritanya dengan kamu yang terlalu sibuk berkerja walau gaji masih ditakuk minim.

Dramanya berjudul Mengenal Jauhari.Solehah (lakonan Rozie Rashid) ialah balu beranak tiga dan tinggal di kampung.Arash Mohamad pula duda kaya yang baru bercerai dengan isteri kerana isterinya tetiba jadi tamak dan menuduh Arash curang.Zain Ruffedge pula ialah bujang trang tang tang yang baru clash dengan teman wanita yang buruk laku sedangkan Zain ni kerjayanya peguam syariah.

Saya sudah perkenalkan tiga watak utama,sekarang kamu boleh nampak kaitan tajuknya iaitu Mengenal Jauhari.Sudah tentu jauhari yang dimaksudkan di sini ialah dua lelaki yang cuba memikat hati Solehah itu.Saya rasa malas sungguh untuk bercerita dengan detail,tetapi kamu boleh bayangkan sendiri bagaimana masyarakat Melayu set-set makcik wok memandang balu seperti Solehah ini kan,nak membeli di kedai runcit pon sempat diperli-perli oleh makcik mulut puaka.

Saya cuma tertarik dengan satu adegan yang nampak sungguh real,apabila Zain bawa Solehah dan anak-anak makan tengahari di rumah emaknya.Selalu kalau drama Melayu mesti reaksi si mak ialah samada menolak mentah-mentah atau menerima aje tanpa banyak soal.

Tetapi emak si Zain ni lain,dia antara terima dengan tak si Solehah ni,bukan kerana darjat tetapi lebih kepada logik.Anaknya bujang,bukan senang nak menggalas tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga anak tiri.Tambahan pula,Solehah lebih berusia dari Zain bimbang si Zain ni tak cukup matang nak bimbing isterinya nanti.

Nak dijadikan cerita Solehah ni terdengar luahan mak Zain kat dapur tu lalu terus angkut tiga anaknya pulang.Mengucap panjang mak si Zain,risau Solehah terasa hati dan menganggap mak Zain tu tak suka bermenantukan dia,walhal orang tua tu tak bermaksud begitu cuma mahu anak lelakinya fikir panjang sikit.

Sebenarnya Solehah ni takdelah nak sangat dekat Zain,sebab dia pon masih pertimbangkan Arash yang lebih matang.Tetapi apa yang membuatkan Solehah setuju untuk diperkenalkan dengan mak Zain ialah kerana sehari sebelum tu Solehah dah kena serang dengan janda Arash.

Dah jadi macamtu,Solehah bengang dan rimas dengan dua jejaka yang cuba memikatnya itu.Saya memang teruja nak tahu Solehah pilih siapa sambil membayangkan kalau saya di tempatnya,siapa yang saya pilih.Kalau ambil Arash ada kemungkinan hidup tak aman kerana janda Arash ni agresif sikit.Kalau ambil Zain,macam budak-budak mentah pula.

Pandai tau Rozie berlakon.

6 comments:

adam said...

Nanti nonton habis habaq mai lah kesudahannya.Keme tahan bukanlah diukur dari usia tapi pengalaman hidup. Ceewah! Hahah

klohv said...

Cerita tu mmg dah habis dah.Solehah kawen dgn Zain,Arash balik ke jandanya.

Kita membayar pengalaman dgn usia.Semakin banyak pengalaman yg nak dibeli,semakin pendek jangkahayat kita.

adam said...

oiseh laju benor habehnya drama tu, baru cerita dah sudah.

Pengalaman nih kalau dari kecik dah diajar oleh mereka yg lebih arif, mesti jalan hidup ni lebih mudah. Tapi biasanya orang2 tua ni selalu simpan sndri saja.

klohv said...

yelah tu bkn drama bersiri.

org tua pon kekadang taktau cara nak bgtau org muda,jln hidup tak sama.Jadi org muda kenalah belajar dr kesalahan sendiri.

adam said...

ohh. Ingatkan bersiri td.
Itulah, tapi bila bercerita kurng2 org muda nih ade jugalah nampak pilihan yg pelbagai sebenarnya.

nasyrun nasyrun said...

uh aku ingat last2 solehah mati......oh itu berlaku dalam cerekarama saja