Friday, July 27, 2012

Nasihat cikgu

Saya tak ingat nama cikgu tuisyen kimia itu,tapi saya ingat betul pesanannya.

Menurutnya,carilah antara lelaki lelaki yang baik dan hensem di kalangan kamu,yang mempunyai pengetahuan yg mantap dalam ilmu ilmu kimia,nescaya kamu sudah mendapat syurga dunia kerana pada lelaki itu adanya khazanah yang tiada pada lain lain orang banyak.

Berpegang kepada ajaran guru saya itu,maka saya memulakan sesi mencari lelaki sebagaimana yang sudah diajarin.Tidak susah rupanya pencarian saya,sehingga saya rambang mata.Tetapi untuk tidak tamak,saya memilih untuk menyuka seorang lelaki yg ya Rabbi kacaknyerrrr,macam Azhar Sulaiman zaman muda.

Azhar Sulaiman Junior ni memang handal betul dalam kimia walaupun beliau tidak pernah mencatit apa apa di dalam kelas melainkan mengetuk ngetuk meja dengan jejari runcing beliau itu sambil membuat muka tak tahan lapar.Saya tahu dia jenis selalu lapar sebab dia tulis macam tu kat friendster.

Saya sudah berniat untuk mengajak beliau menikah suatu hari nanti.Sehingga datangnya hari itu,saya memenuhkan otak saya dengan macam macam benda,tetapi ketika otak free dari memikirkan apa apa,imej Azhar Sulaiman Junior lah yang mengambil alih.Saya menyukai kesemua tentang beliau,kesemuanya.

Tetapi.

Tidak lah pula saya dimaklumi awal awal supaya melihat cermin terlebih dahulu as a first step.Cikgu tu takde pesan pulak,rupanya kena.Sob.

13 comments:

adam said...

haha. melayan friendster ropenye.

Apa kabor Azhar Sulaiman junior itu agaknya.

masih berlakonkah dia di pentas dunia?

masih berkimiakah dia?

klohv said...

Rasanya bahagia saja,dan masih berkimia,sebab dia mmg genius.

adam said...

oh begitu. genius susah dicari.

karut macam saya berlambak. haha.

klohv said...

Saya rasa down saja bila berdepan dgn org pandai ni.

Siapa jelah yg tak mengarut kat dunia ni.semua org kot.

adam said...

system of a down pula sebuah band metal yang mana lirik lagunya tidaklah difahami saya, tetapi bila diterjemahkan ke bahasa melayu boleh jadi ceritanya pasal 'benci tapi rindu'.

Ok mengarut. Abaikan. Haha.

Kan? Down juga saya tengok orang pandai nih. Entah apa makannya sampai jadi macam tu pun saya tak tahu.

Tapi kalau takde orang2 macam saya juga tak sempurnalah bumi. Kalau semua pandai, siapa nak jadi kurang pandai bagi mengseimbangkan populasi dunia?

klohv said...

Kita semua berbeza bidang kepandaian,jadi tak adil juga untuk letakkan limit dalam memaknai pandai itu.

Ada org tuisyen Macamana pon statik Gitu jugaklah markahnya.

adam said...

ehmm

*mengangguk setuju*

Errr garu idung boleh? Hehe.

klohv said...

Perlu?

adam said...

ala... lambat jawab. Dah takde mood nak garu dah.

SaddLone said...

ok, lebih selesa mmbaca ruangan komen antara kau dn doktor..bhaha
terusakn menggaru :P

klohv said...

SaddLone,
saya dah taktau nak handle our so-called doktor ini,hanya mampu bersabar saja.

adam said...

hai klohv,

Ngumpat lettewww

klohv said...

*opss buat-buat pekup mulut*