Thursday, June 21, 2012

update

Kamu tahu tentang tutorial amatur di youtube;ianya telah menghabiskan masa saya.

Saya menonton kaifiat-kaifiat bermake-up sehingga lewat pagi,semakin banyak ditonton,semakin rumit dan melelahkan dan semakin rasa takleh nak buat.

Daripada "make up cina opera" sehinggalah "how to wear make up with no make up look",itu kerja seni,usah sesekali mempersenda.

Blah la jauh-jauh untuk sesiapa yang mengatakan cukup dengan kecantikan asli tanpa solekan.Kamu boleh berkawan rapat dengan mereka-mereka yang mendakwa kecantikan bermula dari dalaman.Kamu masih di awang-awangan rupanya.

Melainkan kamu seperti kawan saya Suhana dan Ilyani yang mempunyai kecantikan alami yang luar biasa,maka kamu memerlukan sedikit tatarias pada muka untuk kelihatan presentable.Berbedak untuk hilangkan minyak pada wajah sekurang-kurangnya.

Tentang segolongan yang suka benar meggunakan alasan kecantikan terhasil dari dalam,mari kita tengok sedalam mana kecantikan kamu.Dengan wajah kusam,cuba ceritakan mana datangnya kejelitaan kamu,melainkan kamu sahaja yang syok sendiri.Oh,beauty is in the eye of the beholder katanya.

Kerana saya sedar diri,saya tahu saya takleh keluar rumah jauh-jauh tanpa berbedak,itupun belum apa-apa sudah cair di tengah-tengah jalan.

Saya rasa ada kewajarannya jika semua perempuan tahu teknik-teknik solekan agar tiada lagi nyah pondan yang berani menarah kening sesuka hati,menampal bedak berinci-inci dan membuatkan kita kelihatan begitu darat dan murahan.Saya juga benci dengan bulu mata palsu.

Saya mengantuk tiba-tiba.Nak berceramah dari sudut agama,silakan.

5 comments:

adam said...

http://www.youtube.com/watch?v=DGyADQiFpkU

Semoga keikhlasan bantuan saya ini dapat membantu awak.

Tanpa kompromi.

klohv said...

bhahahihaha.

adam said...

harap keayakinan diri awak makin bertambah.

Kejelitaan adalah hak milik setiap insan.

Haha.

P/s

selalulah senyum dan ketawa.
buat wajah nampak berseri.

ahmad said...

kamon clove kamon

klohv said...

haippp !!!