Wednesday, June 20, 2012

update

Saya benar-benar berharap bahawa kenyataan sesetengah kamu itu adalah benar.

Bahawa yang disebabkan murung itu ialah kerana kamu (mangsa sihir) tidak cukup kuat melawan gelodak emosi kamu sendiri,kamu biarkan perasaan kamu hanyut sehingga sedar-sedar saja kamu sudah berada di bawah gaung.Kamu tidak sembahyang,kamu belakangkan Tuhan,jiwa kamu kosong,kamu pelaku maksiat taraf neraka Jahanam,lalu sememangnya kamu layak terkena sihir,atau apa saja tempias alam hitam.

Percayalah bahawa setiap hari,jika pun tidak setiap detik,saya sentiasa berjuang melawan gejolak jiwa yang rasanya sungguh shit.Saya nyalakan api-api semangat dalam diri,bahawa suatu hari saya akan melepasi semua ini,saya mahu terbang tinggi.

Marilah saya ceritakan sebahagian pencapaian saya.Bahawa saya sudah berjaya mengasingkan kesakitan emosi dan fizikal,seperti kebolehan mengenalpasti mana satu culprit yang menjadi punca jika saya merasa tidak keruan,lebih kurang begitulah maksudnya.

Dan ini,adalah sangat penting kerana penyembuhan emosi dan fizikal perlukan pendekatan yang berbeza walau saling berkait.Kita bercakap tentang accuracy sekarang.

Saya dapati pola yang saya lalui adalah sama.Sekiranya terdapat serangan daripada jin-jin khianat,ia akan merencatkan kesihatan fizikal saya.Dalam keadaan seluruh kapilari darah seperti mahu pecah walhal saya ada se-tan beban-beban dunia yang perlu diambilkira,usahlah pelik jika saya berperasaan sedikit cibai.Di sinilah perkaitan antara fizikal dan emosi saya.

Apa yang boleh saya lakukan sekarang ialah memastikan tubuh saya sentiasa sihat dan ringan,agar emosi saya sentiasa stabil walau apa pun tekanan yang mendatang.

Jadi sekiranya kenyataan kamu itu berbunyi seolah-olah semua ini mudah sekadar mainan perasaan sahaja,saya benar-benar berharap ianya benar.

5 comments:

adam said...

al maidah ayat 120

adam said...

Oh maksud saya memandangkan Dia yang berkuasa, jadi bila jin2 khianat seperti awak kata datang menggangu, semuanya kerana izinNya tuk uji kekuatan kita( mereka berperanan sebagai catalyst dalam hal2 berkaitan keputusan emosi dan fikiran kita).

kalau kita tak ambil pusing hal itu dan kembali kepada sebab kejadian kita, memang dia pun tekanan nak menggoda. Tapi apakan daya kita ini lemah,mudah dihanyut arus

Begitu juga saya yang berdosa.

Bersyukur punyai Tuhan yang Maha Pengampun.

Tskk.

adam said...

Maaf, fokus di atas hanya tuk sebahagian sahaja penulisan awak bukan keseluruhannya.

klohv said...

ok2 i got your point.so true indeed.semua kebahagiaan dan kesenangan yang dikecap hatta kezaliman sekalipun adalah dgn izin Allah.

Ya manusia sebagai khalifah di Bumi seharusnya tidak cepat goyah dgn lain-lain makhluk Allah.

this is my part I of sihir series i guess.Sambungannya hanya Allah yang tahu bila.

adam said...

Alrite

Misteri Nusantara pun tayangannya seminggu sekali, seekers pun begitu.

Jadi tidak ada salahnya sambungan awak pun seminggu sekali, cuma pastikan waktu yang sama.

melainkan terdapat acara besar seperti anugerah juara lagu, AIM, pembentangan bajet, pengumuman raya mahupun tayangan istimewa hari raya.

Maka tayangan terpaksa ditangguhkan keminggu seterusnya.

haha. Gurau.