Sunday, June 17, 2012

update

Untuk mengatakan saya kehilangan kudrat survival adalah terlalu keterlaluan dan mengada-ngada,malah cukup tidak adil pula untuk mereka yang benar-benar sedang bersahabat dengan ajal ketika ini.Yeah,saya mahu hidup untuk seribu tahun lagi.

Sebelum mengekor keluarga kakak saya ke Port Dickson semalam,badan saya bukanlah sesihat mana kerana telinga dan mata masih berdengung.Katil yang empuk pun tak mampu menghilangkan sengal pada tulang-belulang saya,nasib baik ada jamuan bbq sebagai penawarnya.Cuma sedikit minus kerana ada karaoke sumbang anjuran syarikat lain di bahagian kiri dan kanan buffet kami,membuatkan majlis yang sepatutnya santai kelihatan low-class pula.

Saya juga sempat memalukan diri dengan memelantingkan ayam ke tengah-tengah meja tapi saya teruskan saja dengan selamba sambil menghirup kopi panas sebagai penutup hidangannya.Di celah-celahnya saya selitkan dengan santapan rojak buah bersama kuah pecal untuk menghilangkan rasa guilty nak bunuh diri saya yang telah menyepahkan meja.

Kenapalah ketika saya berulang ke meja buffet semua orang yang tadinya meriah mengaut makanan tiba-tiba elok saja duduk kat kerusi masing-masing meninggalkan saya seorang diri ketika emcee mula berucap,seolah-olah saya ini pelahap sangat.Eh tak,saya tak kisah sangat tentang gelaran pelahap tu,saya lebih takut apabila menjadi titik tumpu (atau terasa seperti diberi tumpuan).Dasar stage fright.

Okkay stop sister,you sound as if this is the first time you're attending a bbq buffet.Choy.

Sebenarnya saya mahu tulis tentang dilema pesakit sihir dan saka,tetapi terlencong ke sini pula.

5 comments:

adam said...

Part mencampak ayam itu seronok. Alang2 campak biar sampai ke meja sebelah supaya orang tahu kamu memang hendak berhibur di situ. haha

Barulah orang cakap kejelitaan tidak didatangi dengan sikap yang senonoh. Haha

Perasan selalu tulis pasal mistik2 ini. Terkena buatankah? Atau sekadar benda itu suka mengganggu. Kenapa tak diajak bertumbuk?

klohv said...

Yeah,ini blog paranormal.haha.

adam said...

Haha. Awat tak buat seekers skali? Boleh jadi macam uncle. Glamer 1 Malaysia you.

klohv said...

on a more serious note,blog ni wujud untuk memastikan otak saya sentiasa bergerak walaupun hanya dengan menyambung suku-suku kata membentuk ayat.

saya punyer attention span semakin memendek,takleh membaca lama2 kerana cepat terganggu.

lagipun kamu sendiri boleh nampak semua entri saya takde unsur2 ilmiah atau isu2 semasa,sebab saya tak pernah ambil pedulik semua tu.haha.

adam said...

*uhurmm*

*mengangguk dengan wajah serius*

Tapi saya tetap suka penulisan kamu. Semacam ada sesuatu yang buat saya terus mahu membaca.

*sambil korek hidung dengan wajah serius*

Jangan berhenti menulis supaya saya tidak kebosanan.

*masih menyambung kerja di atas*

Haha