Sunday, June 24, 2012

Menunggu makanan jatuh ke perut lalu saya pun menaip ini

Jika dipikirkan kurangnya pengetahuan saya dalam banyak perkara,serasa mahu hilangkan diri dan pergi bertapa di gua layang-layang.

Apekehalnya saya menulis bertalu-talu kat sini,nak minta perhatian kah?Tidak.

Saya masih lagi dalam habit bermultitasking sehingga merosakkan lagi daya tumpuan.Sejak dilanda rusuh perasaan,otak saya dilatih untuk merejek,memulau dan memadamkan data-data melukakan.Kesan sampingannya ialah saya jadi pelupa benar.

Sekiranya saya dibawa kembali ke zaman silam dan diberi peluang menjalaninya semula serta membaiki mana-mana kerosakan,saya dengan nekad akan menolak pelawaan tersebut.

Kerana apa?

Kerana saya letih dan penat.

Laterssssssss.

2 comments:

adam said...

Malique & Lah - Cuba lagi

Pisey said...

Saya mahu ber-utus mel elektronik dengan cik. Hubungi saya di akupiseydanzays(at)gmail(dot)com

See ya (;