Friday, June 22, 2012

kisah suka-duka seorang makcik yang bangun pagi gila

dan terkejar-kejar ke sekolah rendah untuk mengambil rekod peperiksaan pelajar tahun satu dan tiga.

Ia adalah sebuah pengalaman bercampur-baur.

Alangkan ketika sekolah rendah dulu pon saya tak datang sekolah seawal 6.50 pagi.Selalu on the dot kerana saya seorang penunggang basikal yang handal dan berdaya mengayuh pada kelajuan cahaya.Datang terlebih-lebih awal ini hanyalah membuang masa rehat saya yang sangat bermakna kerana pada sebelah malamnya saya sudah letih menyiapkan kerja sekolah.

Jadi,menunggu waktu perjumpaan yang bermula pada jam 10 pagi adalah satu penganiayaan kepada saya.Oh,asalnya saya mahu jumpa awal-awal juga,tapi kerana otak saya tidaklah ligat untuk membuat keputusan dan mencari jalan untuk memintas waktu,maka akhirnya saya tertewas dengan peraturan.

Sebenarnya boleh aje saya meredah bilik guru dan buat beberapa aksi yang difikirkan perlu.Tapi itulah,saya belum re-charge lagi maka sedikit sendu ketika membuat keputusan.

Ingat,saya bangun sungguh awal dan kelam-kabut maka saya tak sempat nak ambil apa-apa bekal bacaan.Jadi saya teramatlah tertekan.Saya langsung tak berminat nak makan makanan kantin,sebab ia  kelihatan begitu kantin.Malah saya dapat menghidu bau yang sungguh familiar,entah kan bau mozek lama,entah kan bau hanyir pinggan plastik,saya kurang pasti.

Kerana saya pergi ke sana atas kapasiti seorang ibu,maka haruslah saya dipanggil dengan panggilan makcik oleh bebudak tahun 3.

Panggilan yang buat saya tersenyum sampai ke telinga.

14 comments:

adam said...

Awak jadi pelajar tahun tiga kembali ke? memanglah terlalu tua untuk duduk sebaris dengan anak2 itu.

klohv said...

oh jgn risau saya tidak bersaing dgn budak tahun 3.

semuanya kelihatan seperti miniatur belaka.meja,kerusi,pinggan nasi,gelas air.

arghhh.

adam said...

Jadinya seperti Snow White and hundreds Dwarfs?

Harap tidak termakan epal beracun.

Nanti saya nak baca blog camane?

Haha

klohv said...

sedang belajar ke sekarang?

adam said...

Sedang belajar, tapi bakal berhenti untuk buka ruang dalam hidup saya kejar apa yang saya mahu buat. Dan selepas itu baru berfikir untuk sambung kembali.

tidak mahu menyesal kelak.

:)

klohv said...

bunyinya seperti agenda besar.

terbalik dengan saya,impian saya semakin mudah,kata orang benda asas saja.

adam said...

tidak besar tapi berharap menjadi besar, saya sekarang ini dalam keadaan seperti biawak hidup,jadi perlukan anjakan untuk berubah ke arah lebih baik.

terlalu banyak usia dibazirkan untuk benda yang saya tak suka menyebabkan hidup dibebani perkara negatif.

Mahu berdikari dan berpijak di bumi nyata.

Rezeki bumi Tuhan ini luas dan mungkin bukan rezeki saya di sini buat masa ini.

Jadi perlukan perubahan, kejar kembali apa yang hilang. Harap berjaya hendaknya.

Tidak salah punyai impian yang mudah asalkan kita tahu apa yang kita mahu.

Saya menyesal tidak ketemui apa yang saya mahu namun bersyukur dalam usia yang dibazirkan,saya pelajari sesuatu.

Hann Haidar said...

6.50 pagi dah ke sekolah. tapi kenapa dalam drama-drama tv, matahari dah terpacak, family boleh feeling2 borak "good morning mommy, baru bangun?" sambil makan roti hirup kopi.

klohv said...

adam,
semoga kamu bukan pantulan imej saya dan kamu ini benar-benar wujud di alam nyata.

cik hann haidar,
hahaha...menipu tak agak2.tapi saya memang terliur tgk makanan atas meja diorang,terutama keluarga dato'-dato'.

adam said...

Mungkinkah saya ini sebenarnya refleksi kamu? Dan selama ini kamu hanya berbicara dengan diri sendiri?

Haha

Mestilah saya wujud di alam nyata. Cuma buat masa ini perasaan saya bagai jasad tak bernyawa.

Jadi saya harus kembalikan diri saya ke alam ini. Harus bertepuk tampar,memijak,memukul,memaki,menghina diri sendiri untuk sedar.

klohv said...

oh ekh.

a/s/l please

hahaha

adam said...

haha

Haruslah saya ini seorang lelaki, tidak menetap di bumi Malaysia buat masa ini. Menjengah usia kematangan agaknya.

Terima kasih kerana buat blog ini dan menjadi teman bercerita.

Walau kamu dan saya orang asing.

Kerana keasingan itu teman setiap manusia.

klohv said...

Manusia tidak perlu merasa terasing untuk layak digelar manusia.

Kita semua cenderung kepada sesuatu yang familiar dan dekat.

Keterasingan itu kalaupun selalu bersama manusia, adalah ujian,bukanlah peneman.

adam said...

haha

Semoga kamu menjadi sesuatu yang familiar buat saya hendaknya.