Thursday, May 10, 2012

senyuman dari sepasang mata jernih

Saya masih teringat-ingat akan wanita berpurdah hitam itu.Saya dan dia menaiki eskalator bersama-sama,saya sedikit di atas,manakala dia beberapa takah di bawah.

Saya menoleh ke arahnya sambil memberikan sebuah senyuman rambang,dan wanita itu menghadiahkan saya senyuman yang cukup sempurna melalui lirik matanya yang bercahaya.

***********

Ingin benar saya menyusup menjadi halimunan dan meneliti kehidupan wanita-wanita cantik ini.

Apa yang mereka baca.Apa yang mereka doa.Tidurnya bagaimana.

Adakah mereka ketawa berdekah seperti saya.Bagaimana mereka mengurus kecewa.

***********

Saya mempunyai beberapa orang kawan yang baik.Dengan baik itu saya maksudkan dengan memakai sarung lengan,tudung yang besar dan lengkap berstokin.

Tidak jangok langsung.Dan itulah yang membuatkan saya liat benar nak ikut.

************

Kerana amalan lalang saya ini juga,saya dilihat seperti tiada identiti.Nak kata liar sangat pun tak,nak kata ustazah lagilah tak.Dan untuk menonjol,saya perlu jadi salah satu.

Saya masih percaya bahawa diri kita ialah magnet yang menarik orang-orang sekeliling yang se'jenis' dengan kita.

1 comment:

ahmad said...

suko jangok mu ni ye
kahkahkah