Monday, May 14, 2012

Neraka

Jelaga neraka dalam tubuh saya kembali berfungsi di saat saya perlukan ketenangan 200%.

Pagi-pagi lagi,semua kesabaran saya hancur.Kerana manusia ini,yang kebetulannya seorang lelaki,telah membuatkan kemarahan saya mencanak-canak.

Marah betul saya dengan sikapnya yang takde inisiatif nak bagitau saya keadaan sebenar.Perlu ke saya menagih-nagih barang yang telah saya pinjamkan itu.

Walaupun saya tidak suka,saya terpaksa hantar satu SMS,minta beliau nyatakan dengan jelas bilakah barangan itu dapat dikembalikan kerana mengikut perjanjian dia akan bagitau.Dia diam saja.

Hati saya betul-betul macam kena salai,berasap bila lelaki ini senyap saja selama seminggu.Setelah saya beri sedikit bunga-bunga api,saya akhirnya mendapat respon dari hamba Allah nan satu ni.

Terbelit-belit beri alasan.Sorry,saya tak kesian langsung sungguhpun kamu kata kamu masuk wad,saya yakin semua tu bohong.Tiada alasan tragis yang boleh melenyapkan kesangsian saya.Saya lebih rela tersilap telahan,daripada mengangguk saja apa yang kamu perkata.Menjilat ludah sendiri lebih saya sanggup,daripada diperbodoh oleh orang bodoh. 

Yes,kesakitan ditipu sebelum-sebelum ini telah mengeraskan hati saya.

Saya bukan kedekut dengan barang pinjaman itu,gunalah selagi mahu guna.

Paling tidak,beri saja SMS ringkas,"Saya xtau bila boleh hantar,nanti dah dapat tarikh saya bagitau ya."

Itu saja yang saya mahu.


No comments: