Friday, May 11, 2012

Jauh

Saya takleh kawal tidur sekarang.Apabila mata mahu terlelap maka saya akan tertidur dengan nyenyaknya walaupun badan lapar dan dehydrated habis.

Kulit mati di kaki saya sungguh tidak lawa.Maka dengan itu saya ke farmasi mencari batu yang boleh skrub telapak kaki.Masa nak tanya pasal  batu tu memang saya skema gila,'kat mana bahagian penjagaan kaki?' ehehe.

Sedih lah sesetengah produk sudah tak dikeluarkan.Kenapa ekh Darlie dah tak buat ubat gigi teh hijau.Mouthwash Guardian yg ada ekstrak tea tree oil ni best.Kalau guna jenama Listerine terasa ada alkohol.Saya ketagih teh,tapi saya tak berapa percaya keberkesanan ubat gigi pemutih.Saya pernah cuba Pearl Drop tapi takde beza sangat.Pernah guna Zact.Sebenarnya perubahan tu ada,tapi terlampau kecil.

Kalau nak tahu dekat atau jauhnya kita dengan Allah,tanya sendiri hati kita.Kadang-kadang memang saya terasa seperti sesat dan jauh.Takleh fikir macam tu orang cakap.

Saya mahu ke Senawang jumpa anak buah saya,tapi itulah,saya tertidur tiba-tiba.Saya taktau samada mereka masih sayangkan saya atau tidak.

Hidup saya sungguh tak berdisiplin.





2 comments:

Pisey said...

Betul. Kadang-kadang tanya hati je pasal bab dekat jauh Tuhan tu.

Pisey said...

Betul. Kadang-kadang tanya hati je pasal bab dekat jauh Tuhan tu.