Friday, March 9, 2012

Rapuan untuk mengupdate entri

2.Saya mulakan dengan point kedua kerana menulis tentang kemalasan saya untuk mandi adalah tidak sesuai dijadikan isu pertama dan mengaibkan diri-sendiri.Tapi ya,saya belum mandi pagi.Dan saya sudah sarapan dengan beehoon goreng lada hitam disulam teh kekwa.

3.Semalam saya naik LRT setelah sekian lama tak guna.Sekarang dah guna token pula ya,eheh comel.Masa guna tu,saya expect keluar kad macam biasa,alih-alih keluar something biru macam penutup botol mineral (sebenarnya token tulah,saya je yang tak sedar dah tukar sistem,hehehe).Terdarat kejap.

Drebar bas rapid KL pula sedikit moody,boleh plak dia sound pelajar perempuan depan saya sebab tak cakap terima kasih masa nak turun.

Yelah,orang dah tekan loceng suruh stop,drebar bas itu pula tak bukak pintu keluar yang kat tengah-tengah bas tu,hanya bukak pintu depan sebab ada penumpang nak naik.Dah tau tersalah,abang drebar tu cepat-cepat cover kesalahannya suruh orang yang yang nak turun tu guna pintu depan juga.

Kebetulan pulak saya pon nak turun kat bus stop tu juga,itu yang saya dengar dia marah orang tak cakap terima kasih berserta ngomelannya yang lain yang tak jelas sangat.Hmmm,mendengarkannya,saya pon tak jadi nak berterima kasih bagai,kang dia kata saya perli pulak.

Well,mengucapkan trima kasih dikala berurusan ini memang something as basic as breathing,tetapi kalau orang tak cakap tu adakah kerana mereka biadap? Tengok situasi lah,pasti ada kekangan-kekangan yang menghalang;kalau pelajar tu turun sambil lenggang-kangkung sengih-sengih pasti mengundang amarah kita semua bukan?ni dah dia turun laju-laju tak sempat toleh kena pulak sound dengan abang.Err,lagipun abang tak alert loceng yang penumpang tekan?kan?kan?

Masa awal-awal lagi saya dah dengar drebar ni merungut kat penumpang yang naik,dia kata lebih kurang macam, "semuaaaa nak cepat".Ermm,rasanya memang normal kot semua orang nak cepat,as long as tak berebut dan tolak-menolak kan.Guna kenderaan awam ni kalau terhegeh-hegeh kena marah kat orang.

3.Ish,apa yang saya umpat ni.

4.Semalam saya mengenakan sepersalinan baju kurung moden berona ungu muda,di samping selipar toilet.Selebet ya hampunn.


3 comments:

nasyrun said...

bila masa tukar
lama gila dah kot aku tak ke sana

klohv said...

ambo pon x sedar bila tukar :-)

dok kelantan ekh loni?

adam said...

turutan nombor anda sudah celaru. Dan harus ditulis nombor 1 kerana anda sudah beritahu.

Ha ha untuk keutamaan no 1.
Tapi normal untuk mandi lewat