Tuesday, February 28, 2012

You are your own bomoh

Asrama perempuan kalau takde episod histeria,tak berapa nak asrama gayanya.Seringkali jika berlaku racauan di asrama,mangsa ialah orang yang sama.Memang dah cop kat muka,asal merasuk aje,mesti dia,takde orang lain.Ratu histeria yang masyhur.

 

We were quite religious back then.Setiap malam kami diarahkan oleh senior (Form 2) untuk melaungkan iqamah di setiap penjuru dorm.Lepas tu duduk atas katil masing-masing dan seorang akan lead doa tidur dan baca ayat Kursi kuat-kuat.Juga,kalau ada kes-kes rasukan,maka berkemundanglah bacaan ayat-ayat Al-Quran melalui corong speaker menggegar keheningan midnight.Nak lebih lagi,kami baca surah Al-Mulk setiap malam selagi drama histeria itu berterusan.

Saya tak pernah ternampak bayang-bayang hantu,apa lagi hantu yang betul.Kena tindih waktu tidur?Memang tak pernah langsung.Dah korang yang asyik kena tindih tu macamana kaedahnya.

Nota:Pertama kali saya melalui pengalaman ditindih jin/iblis ialah tahun lepas.Masa tu saya tidur baring ke kiri,tapi badan saya kaku takleh nak gerak.Rasa sejuk dan bila saya laung AllahuAkbar dalam hati,beban kat badan saya hilang dan saya toleh ke kanan.Dalam mamai-mamai tu saya nampak seekor makhluk pakai baju krim lusuh,hidung panjang macam drakula,rambut kusut,muka tua kerepot berdesup menghilang sebelum saya dapat tenung lebih lama.

Disebabkan itu,saya pun lalai dan ambil mudah.Waktu Maghrib baru nak cari dinner.Keluar malam ikut resam kelelawar,macam takleh nak shopping waktu siang,nak juga kan berembun kat uptown nun.Tidur jarang baca doa proper,sekali baring terus tak hengat dunia.Sembahyang cukup-cukup lima waktu saja.


Sehinggalah pada suatu ketika,entiti halus itu 'memakan' tubuh saya.Mungkin imunisasi badan saya semakin lemah seiring usia,sebab itu lebih senang untuk makhluk itu menyerang saya berbanding ketika remaja.

Daripada tak peduli,sekarang saya jadi teramat benci dengan tok nenek saka,hantu raya,jin asyik mahupun buniyan.



4 comments:

Marina Monroe said...

Salam Ziarah,

Pasang pedinding diri ker?

klohv said...

Salam Auntie,

Tak,saya tak pasang apa2 pendinding.

nasyrun said...

aku 'rasa' macam aku selalu kena tindih masa tidur tapi aku sebenarnya tak tahu apa deskripsi yg betul untuk ditindih masa tidur tu

hence the 'rasa'

klohv said...

sampai skrg ekh lagu tu?mu letih sgt kot.