Sunday, May 15, 2016

Saya perlu menulis sebuah laporan yang saya tiada jiwa untuk buat. Terasa rumit dan kompleks. Saya mengharung jua walau tiada roh.Walaubagaimanapun,saya percaya akan kebolehan saya untuk mengolahnya dengan baik.

Fasa I sudah saya buat tempohari. Apabila momentum berhenti, saya terasa susah untuk memulakan kembali. Langsung tiada hati mahu lihat atau mahu fikir.

Sebenarnya saya berasa gundah akan satu hal. Oh mungkin banyak hal sebenarnya. Sampai satu tahap saya merasakan bahawa tiada langsung keterujaan untuk terus hidup atau memberi impak kepada sejagat.

Saya juga berdepan dengan ketagihan dan masalah disiplin yang memberi kesan yang teramat negatif kepada tubuh dan hati nurani saya.

Saya juga tidak berpuas hati dengan keadaan diri saya yang serabai ini. Semua serba tidak menjadi, pakej musibah lengkap, bila bermasalah, keyakinan diri berkurang, muka berserabai kusam pelbagai, sudah begitu,keyakinan diri lagilah merudum.

Saya  perlu mencari bahagia dan tidak membiarkan keadaan mengheretku seperti dulu.

No comments: