Monday, May 16, 2016

Aku sebolehnya tidak mahu menyelar makanan. Seperti tidak bersyukur sebegitu.

Akan tetapi terkeluar juga walaupun hampir 12 jam kubendung-bendung, ku tahan-tahan. Kali ni kuah paprik yang tak menjadi dijual pada kadar RM6 sebungkus. Isinya ialah kobes bunga, lobak merah dan 7 (lebih kurang) hirisan dadu kecil ayam. 

Tak berapa menjadi. Tak menjadi langsung. Taktau apa yang kurang, bawangnya yang tak habis masak ka, atau tukang masak yang tersalah resepi ka. Kesian kakak aku, sepatutnya kalau dia masak lagi berganda sedap. 

Itulah aku tak berapa hangin mana kalau makanan itu dimasak sendiri, bukan untuk tujuan komersil. Tetapi jika kamu mahu menjual, kenalah buat sedap-sedap, sesedap duit orang membayar. Kecewa sangat bila orang berharap untuk makan sesuatu yang memberi kepuasan, sudahnya berakhir begini. 

Yalah aku tau semua tu rezeki. Jika begitu, asyik menang sokmo lah peniaga yang tak pandai masak ni. Pelanggan tak boleh kasi feedback. Sebab tu rezeki. 




No comments: