Sunday, January 17, 2016

Sebab saya takde idea nak tulis ayat pembuka jadi macam malas nak update blog.

Makanya saya sedang tercongok sensorang sebab teman sekerja yang lebih senior sedang buat urusan luar. Saya juga tidak berharapkan kedatangan sesiapa untuk berurusan. Apa-apa hal tunggu staff sorang lagi. Kat department ni aku dengan kakak tu je.

Asal masuk je orang, berdebar rasa. Kang tengah sedap makan nasi bungkus, masuk pula orang nak itu nak ini. Itu hari tengah aku breakfast nasi lemak yang super berminyak, masuk sorang lelaki nak activate access card.

Pagi ni aku menambah lagi statistik perkerja tak bermotivasi. 

No comments: