Friday, December 18, 2015

Berbagai ceritera

So it is 100% confirm yang aku tak perlu bimbang lagi perihal itu. At least for now.

Kalau aku nak ubah haluan pon hati dah tenang. Dah ada tempat bersandar gitu. Lokasi pon kelihatan OK. Cuma berdoa semua manusia ialah baik tidak mental.

Beberapa minggu yang lampau aku sudah ambil satu langkah yang besar. Mata kasar akan mengatakan kejam, mata hati tetap menyokong bahawa itulah jalan bijak.

Aku bukan selfish memanfaatkan manusia untuk memenuhi keinginan aku. Padahal aku sudah tahu bagaimana pengakhiran yang aku mahukan.

Aku tidak menunggu begini lama hanya untuk terus menyambung luka. Terus-terusan berada dalam hina.

Jika semakin dilihat semakin benci, semakin ragu, semakin hilang seri, buat apa terus menanti pada jalan ini kan.

Satu lagi, aku tidak suka melihat layanan begitu. Diperintah sesuka hanya kerana lebih berharta dan berkuasa. Lalu depan mata tapi tak tegur sepatah.

Aku juga tidak perlu bertanggungjawab atas segala derita. Lagipula jika situasi papa kedana. Maaflah, aku tiada upaya untuk duduk dalam suasana hiba.

Dan aku juga tidak suka sebahagian daripada pakaianku diambil oleh mereka. Dan kotak emas yang entahkan bila dapat ke tanganku.

Aku mahukan sekarang. Bukan ketika tua.


No comments: