Sunday, January 6, 2013

Makbul

Aku jatuh sayang dengan Mok.Lebih tepatnya,aku rasa bangga.

Sayangnya aku tak sempat dekat dengan Mok,aku yakin banyak perkara istimewa yang ada pada bonda yang melahirkan ayahku ini.

Seminggu sebelum Mok meninggal dunia,Mok bercerita dengan ibu saya.Macam-macam kisah lama,antaranya bagaimana arwah Moyang menganggap Mok macam anak lelaki,buat kerja bendang sebab Mok anak yang boleh diharap.

Mok juga pernah letak simen kat sebelah kubur Arwah Tok sebab dia taknak sesiapa pon dikebumikan sebelah kubur Tok.

Kakak aku pernah tengok macamana Mok berdoa sambil susun batu-batu sebagai alat pengira.

Kalau mohon dengan Allah,ulangilah berkali-kali.Merayulah 40 kali,100 kali,malah berkali-kali sekalipon,kerana intensiti itu juga penting.



No comments: