Monday, October 1, 2012

Mengada-ngada

Merujuk kepada ulangan isu yang saya bangkitkan setiap kali,maka saya tidak boleh marahkan kamu jika kamu ingin mengecop saya sebegitu atau sebegini mengikut tafsiran kamu.

Mungkin benar sekali pandangan kamu itu.

Ah,kamu tahulah apa isu-isu nya kan.Kalau tak sentuh soal memasak,saya akan sebut pasal err...barang yang beralih tempat mungkin.Haha tak kelakar langsung.

Macam ada orang tu kalau bercakap atau menulis selalu mengaku diri cantik secara bersuluh atau berkias.Lagi kita yang membaca ni bertambah-tambahlah perasaan nak tengok camane rupa nya eh.Betulkah seperti Ramona Rahman.Kawan saya sorang macam Juliana Banos,sorang lagi macam Neelofa.Saya ni kalau nak padan-padankan dengan artis kerana takmau kalah,jadi mungkin saya akan ambil Liza Hanim versi tanpa mekap.Itupun setelah disuarakan oleh kenalan saya. 

Pernah beberapa tahun dulu dalam sebuah komuniti maya ni,seorang lelaki mengaku digilai perempuan kerana kehenseman nya yang pure Melayu.Hakhakhak.Saya takdelah sibuk menggeledah pasal dia,setakat terpikir hensem benarlah tu agaknya ya.Namun,beberapa ketika lepas tu terbocor bahawa dia taklah sekacak mana,kacak lagi Muniandy si ceti.Saya tak kutuk orang India tau,kalau tak mana mungkin saya jatuh hati pada Gary Thanesan Linggo.

Tapi,yang 'Ramona Rahman' tadi saya taktau kesahihannya.Saya lebih kepada nak percaya biarlah orang lain mengutuk dirinya perasan pon.Sekurang-kurangnya perempuan cantik mampu menambah hormon baik dalam tubuh saya...tapi siaplah kamu jika kamu tak cantik.

Sebuah lagi entri yang tak menjana pendapatan isirumah untuk kamu.

7 comments:

adam said...

Saya pernah dengar Ramona Rahman tu. Any particular film which made her famous?

klohv said...

perempuan bertudung hitam...kot.

iols jawab tanpa google.

adam said...

Iols. Ngada-ngada. Hiks.

Tapi namanya sangatlah punk macam the ramones.

klohv said...

Filem zaman tu anak gadis kg nelayan pon muka kacuk habes.

adam said...

haha. Macam tipu, tapi dalam filem mahupun drama, semua lojik saja. Realiti memang arrr.. bila nak indah macam drama pun tataulah saya.

nasyrun nasyrun said...

ramona rahman berlakon cerita pontianak yg makan ikan mentah secara live tu

adam said...

nasyrun, bunyinya macam cerita thriller jak. Haha. Dah usya kat imdb, maybe susuk dak?