Setakat ini tiada lagi rotijon yang berkebolehan menandingi rotijon ayamas.Aromanya menyelerakan,teksturnya garing dan perisanya seimbang.Pendek kata,rotijon ayamas ini tidak kelihatan mengada-ngada,cukup elegan tanpa apa-apa extravaganza.
Mengikut lidah saya,rotijon takleh diletakkan sos,jika diletak juga akan menjadi benjo dan kita tidak mahu makan benjo apabila kita mengorder rotijon bukan?
14 comments:
segala yang diapit dengan roti, saya kira lebih sedap disertai dengan sos.
produk ayamas feveret saya ialah Fillo. tapi ada cendawan. tapi sedap buat saya, tidak buat kamu. hehe.
Nak kata tak suka sos,saya suka.Tapi utk roti john mmg takleh terima.A'ah kalau ada cendawan memang saya angkat tangan mengalah lah.
tapi sayang Fillo dah tiada. pupus juga.
oh mungkin satu cendawan yang kamu tak lemah ialah fesyen rambut cendawan. haha.
masih in lagi ke rambut cendawan ni.memang kacak lelaki berambut cendawan.
keh3. mohon jangan.rasanya orang terakhir menggayakannya abu bakar elah. hehe
yang pasti rambut kamulah yg paling bergaya.
oisehhh. rambut saya biasa-biasa aja. cuma guna syampu. haha.
*sambil mengibaskan rambut*
saya siap dgn tonik tetap gugur juga rambut nih.
rambut saya pun selalu gugur, sebab jenis rambut nipis agaknya saya ni.
oh orang kata kalau nak atasi masalah rambut pakai syampu bawang yang gambar jackie chan kat depan.
kamu mungkin boleh carinya di toko jamu.
oh syampu bawang tu.Kena usya lah nanti,tapi bau-nya ntah bagaimana lah.
bau mungkin semacam. tapi untuk sementara ok kot? lepas ni kamu leh jadi dutanya pula. hehe.
Atau keguguran sehelai dua rambut bila disikat itu sebenarnya proses normal?Hehe
saya ada baca memang benda itu normal dalam berapa puluh ke ratus heali rambut gugur sehari tak silap.
tapi bila saya mandi, sikat rambut pun ada yang gugur, rasa macam tak sedap pula. mungkin sebab rambut panjang jadi gugurnya kelihatan obvious.
p/s perbincangan jauh dari roti john ke rambut. macam tak berkait jek. hahaha.
Post a Comment