Saturday, August 4, 2012

Buah-buahan eksotik di hadapan dan di tepi rumah saya

Saya suka apa saja tentang peach.Warnanya.Buahnya.Shower gel-nya.

Berhampiran dengan rumah saya ada sejenis buah berjudul sentul,kulitnya berupa baldu seperti peach juga.Tidak sedap dimakan begitu saja melainkan dijeruk terlebih dulu.Pokok besar nan merimbun itu dipotong untuk laluan kereta (cucu-cucu saya).

Kami juga ada sepokok limau bali yang berbuah sebanyak 17 biji apabila musimnya tiba.Pokok ini berbentuk 'Y' dan ukur lilitnya hanya sepemeluk saya saja.

Kami juga mempunyai buah sekiyat (kontroversi kerana ada kisah terkait membuatkan saya menjadi begitu dingin dengan orang tua yang suka masuk campur hubungan sesama kerabat sepupu-baik berkawan dgn orang yg takde talian darah lagi bagus).Pokok sekiyat ini turut ditebang untuk laluan kereta (cucu-cucu saya).

Bersebelahan dengan pokok sekiyat ialah buah sawo nila yang hanya tahu berputik,tak tahu meranum sendiri.Takpelah kasi can kamu hidup kerana daunnya boleh mengubat cirit -birit.

Pokok cermai pon ada jugak,selalu berjujuran gugur jika kita tak sempat kait.Lebih sedap dijeruk saja,kerana sikir gigi kalau dimakan muno-muno begitu.

Buah rambutan yang tak lokoh (takleh dipisahkan antara isi dan biji seperti rambutan biasa dan rasanya lebih masam) pon ada.Bezanya,rambutan tak lokoh kami saiznya besar dan rasanya manis setelah ibunda menabur sekati gula yang telah dihurung semut.Kakak saya pandai rungkas pokok itu,tidak padan dengan perempuan langsung kakak saya ini.

Yang masih bertahan sekarang ialah pokok koko,sesekali dapatlah dirasa oleh anak-anak buah saya jika belum sempat ditebuk tupai.Ketika kecil saya suka buah koko ni,masam-masam manis.Tetapi bila dewasa saya sudah takleh makan lah terasa maung saja.Koko kami tidak sebesar koko gemullah Mak Nik Som,jiran kami yang baik hati.

Kesimpulannya,saya suka buah peach.





4 comments:

adam said...

pelik sangat nama-nama buah sampai saya terpaksa menggoogle bagi mendapatkan jawapan.

saya tak tahu sentul itu rupa rupanya buah. jalan sentul saya tahu. haha.

selama saya makan jeruk baru sekarang saya tahu yang saya makan itu cermai rupanya. hahaha. selama ni main ambek jek tanpa bertanya waktu membeli. tapi sedap.


malangnya takde pon pohon peach ditanam di halaman rumah kamu.

di sini peach dijadikan ice tea. sedap walau kandungannya 4% saja. dulu selalu beli buat peneman waktu makan.

Pisey said...

Minggu lepas ke tesco. Peach dijual pada harga hampir 6myr sebiji. Tiba-tiba ada banyak tray longgokan setempat dengan penuh manusia mengerumuni. Apa istilah jualan yang ni saya lupa. Strawberry seringgit setengah sekotak (asal 13myr), kiwi pun seringgit setengah sekotak ada 4biji (asal satu seringgit lebih) dan yes peach yang juga kegemaran saya 4biji pada harga satu.

Sedapnya tak terkata.

klohv said...

adam,
peach memang takde,tapi chestnut ada.itu rumah ketika saya tinggal di hulu kelantan.

pisey,
sedapnyalah.

Pisey said...

Sedaaaaaap sangat-sangat kak oii. Hahaha!