Monday, July 30, 2012

saya mangsa kanak-kanak

Tidak salah perkiraan saya,sudah tiga kali saya berjumpa kanak-kanak hyperaktif berusia lingkungan 5 ke 7 tahun.

Setiap kali itu juga kanak-kanak ini mengganggu saya.Ada yang heret tangan saya jauh dari khemah ke dapur dalam sebuah kenduri kahwin,ada yang pi tunjuk-tunjuk dekat lauk yang saya makan padahal ada aneka kuih muih dalam pinggannya sendiri dan ada juga yang lebih agresif sehingga tumbuk saya.

Setiap kali itu jugalah,saya seboleh-bolehnya buat seperti biasa macam dah kenal lama dengan budak-budak tu kerana saya taknak parents mereka merasa malu.Mungkin kerana sudah selalu sangat anak-anak buat perangai sampai parents itu tiadalah pula meminta maaf kepada saya,sudah letih barangkali.

Saya pula yang merasa awkward,nanti kalau saya buat muka jengkel kang nampak seperti tidak matang pula.Namanya pun budak kan,saya nak marah lelebih pon tidak sesuai.

Saya tanya kakak saya,memang takleh kawal langsung kah anak-anak sebegini.Kakak saya cakap boleh usaha,parents kena bagi amaran yang sepatutnya kepada anak sebelum datang ke tempat orang ramai.Jangan bagi peluang anak itu buat sesuka hati.

Saya pon rasa eloklah anak itu tidak ditinggalkan sendirian jika dibawa ke majlis,mak atau ayah jangan leka berborak,nak ambil makanan kena bergilir jaga.Nak buat macamana anak istimewa begitu terpaksalah dikawal ketat sedikit.


4 comments:

adam said...

Saya pun ada anak buah macam ni. siap meludah lagi ke orang. Nakal sungguh.

tapi dah besar ni tiba2 jadi pemalu pula. wadehel? lain sungguh.

kamu laporkan kan teledera. cakap tak tahan jadi mangsa. hehe.









p/s ada ciri ibu2 la nih. itu yang kanak2 suka kat kamu. ihiks.

klohv said...

mungkin anak buah tu sekadar nakal saja,tak sampai peringkat hyperaktif.






p/s keibuan tu jauh sekali la,saya bukannya set set perempuan ayu yg pandai melayan karenah budak...cuma saya rasa sebagai dewasa kena bertindak cara dewasa.

adam said...

Kadang bikin hilang sabar juga layan diorang, rasa macam mahu berlari menitiskan airmata menuju ke sungai lepas tu bersandar kat sebatang pokok mengenangkan nasib.

Amacam impak? Dasat kan? Haha.

ahmad said...

sesetengah orang mmg ada magnet budak2