Thursday, July 5, 2012

Paradise is in your heart

Saya mempercayai sifir untuk dapat sesuatu,saya mesti buat sesuatu.

Maka akal saya sering menyangkal setiap kali saya dengar orang cakap bahawa sesetengah orang lebih bernasib baik dari yang lain.

Seorang lelaki seiras Azmin Ali yang merupakan bf tak jadi saya dan juga penipulara yang bikin saya meluat kata saya bertuah sebab saya ada itu dan ini.Saya angguk-angguk saja dalam hati sambil berkata cetpodah lah ko.

Yang saya tak setuju,dia kata ujian kita ni apalah sangat,tak sama taraf dengan orang-orang yang dipercayai alim dan warak.Saya faham apa yang cuba disampaikannya,cuma bukan kerja kita untuk menyukat sebesar mana ujian yang ditimpakan kepada seseorang hamba,malah kita sendiri tak dapat menentukan dengan tepat siapakah benar-benar alim dan warak itu.Jadi tak sesuai langsung nak berhujah macam tu.

Setiap kali melihat kehidupan seseorang yang saya rasakan sempurna,saya tahu ada sesuatu yang telah dirancangkan Tuhan untuk mereka.Kawan saya dengan comelnya kata,they must have done something right in their life,sebab tu Tuhan bagi reward sebegitu.Dia kata macam tu lepas akalnya sedikit waras,walau sebelumnya ada juga dia mengomel kenapa ada orang yang suka buat maksiat kecil-kecil dan besar-besar hidupnya bahagia aje,macam takde apa.

Everything comes easy to me.Money,love,and all the rest.Call me lucky, I guess.Everything comes easy to me-Larry John McNally

Begitu juga dengan mereka yang sering terkandas dalam hidup.Malah ukuran menang dan kalah juga begitu subjektif,bukan hanya pada mata kasar dan fikiran yang senteng saja.

Saya menyaksikan betapa sesetengah pesimis-pesimis dunia ini memiliki hati yang begitu kudus,hanya saja kegagalan mereka mengikut rentak dunia membuatkan mereka begitu sukar diramal tingkahnya.Semoga saya tidak lagi melihat renungan-renungan sedih yang begitu merobek hati saya.

God,have Mercy on them.

12 comments:

adam said...

Dan kamu? Lebih ke pessimist atau optimist?


p/s. Milka ada perasa baru. Mix with Oreo. Ya hampunn sedap. Mungkin satu hari nanti saya kirimkan kamu. Haha. Tapi sesedap mana coklat itu pun saya rasa choki2 masih juara hati saya.

klohv said...

mungkin kedua-duanya.

p/s:haha.sy rasa sepuntung choki2 tu sgt banyak,susah nak habiskan.satu hari nanti saya tunggu milka itu.

adam said...

Punyai kedua2 sifat lebih baik.

Saya boleh makan choki2 tanpa henti, tapi sayang di luar negara membataskan nafsu saya. Choki2 di sini adalah sesuatu yang sangat rare mengalahkan dokumen sulit fbi.

Bagaikan ganja buat saya.

haha.

Akan sampai ke kamu nanti milka itu.

klohv said...

tulah bila jadi barang rare sedap dia tu jadi lain macam sikit.milo ada kat sana?

adam said...

milo ada di kedai asia, tapi versi thai punya. Tak tahu rasenye macam mana. Peket kecik pun harga agak tinggi.

Saya tak suka milo, lebih suka nescafe.

Kamu, kamu cakap thai tak?

klohv said...

saya taktahu cakap siam,saya malayu.duduk pon jauh dari sempadan thai.

melalui pemerhatian saya,melayu2 yg berdarah Siam dok di kawasan Tumpat.

adam said...

oh,

Sebab dulu masa saya makan di restoran di kl, ada seorang pekerja datang minta tolong tengokkan fon die, takde line, sekali bahasa siam.

Paling saya faham. Haha.

Cakap pasal azmin ali.. the irony oh..

Politician kan selalu kaki kencing.

klohv said...

Best juga kalau tahu bahasa Siam kan,melihatkan tulisannya pon dah buat orang tabik.

Pertama kali saya tgk lelaki tu,saya tak ingat lagi muka dia macam siapa.Tapi lepas skandal Azmin Ali tu keluar baru saya teringat,memang ada iras.

Naluri saya me'repel' lelaki itu.

klohv said...

Oh mungkin pekerja itu ingatkan kamu orang Siam.Adakah kamu jambu sangat?

adam said...

Haha. Mane jambu pula. Kebetulan mungkin saya yang paling ala2 angel disitu jadi dia meminta bantuan saya. *mata ke atas, tangan dibahu*
Hahaha.

Saya ada kawan thai. Islam. Dia tahu nyanyi lagu raihan, lagu sepohon kayu tapi dia tak tahu maksud.

Yang saya tahu bahasa thailand bila diorang gelak, diorang akan tulis 55555. Sebab 5 tu disebut ha. Kalau kamu tahu jenama santan aroy-d. Maksudnya sedap tak silap.

Banyak saya dah terlupa. Belajar bahasa susah.

klohv said...

Seperti approachable begitu.555.

Bahasa kalau tak guna lama2 hilang.

adam said...

haha. kok gelaknya udah membawa ke thailand?

kalau tak praktis memang kaputt jadinya.