Wednesday, July 25, 2012

Lelaki=0,Perempuan=0

Saya sedari bagaimana sesetengah daripada kita cenderung untuk equate nilai hantaran dengan tugas-tugas yang bakal dilakukan selepas menikah.

Kalau appa sama amma letak harga tinggi,matilah anak perempuan diorang tu kena perli kaw kaw kalau tak reti buat kerja rumah.Yelah,memang tak patotlah dah kawen tak reti buat kerja rumah,tapi ada kaitan ke beban kerja dengan duit yg mung dah beri ke perempuan tu.

Saya pernah dengar lah seorang bagi nasihat bila kahwin nanti suruh aje isteri tu basuh baju putih asing-asing  dari pakaian lain guna tangan, masak nasi panas ala-carte setiap meal,lap habuk-habuk kat bilik stor dan setiap kali cuti balik rumah laki je;kalau perempuan tu minta wang hantaran tinggi.

Note:Konsep wang hantaran berbeza mengikut negeri,ada sesetengah tu wang hantaran dibuat belanja kenduri,ada pula yang merangkum mas kahwin.

Saya pun tak faham lah kenapa kedua-dua lelaki dan perempuan ni saling berkira-kira walaupun bukan akauntan.Yang lelaki masih teringat-ingat duit yang hangus,yang perempuan pula lupa ingatan,segala nasihat takmo ikut.

Saya juga terfikir,apa yang lelaki mahu perjuangkan tentang isu hantaran ni.Bagaimana-lah nak buat,baru  mereka gembira?

Katalah kita buang kes-kes hantaran melampau tu,jadi tinggal kes-kes biasa yang mana memang selalunya lelaki kena keluarkan sejumlah duit kalau nak menikah (perempuan pon sama berabis duit kalau nak kira).

Satu perkara yang boleh saya katakan,tengok ler dengan siapa kita nak kahwin tu.Kalau Yusry,saya pon berani tak letak fix amount.Oh,saya tak kata Lisa tak ikhlas bila dia buat begitu,saja saya teringatkan Yusry.

Adakah saya kebulur wang hantaran?Tidak juga,saya pon segan nak minta.

Cumanya yang saya khuatir,bila adanya satu kadaran langsung antara jumlah wang hantaran dengan kerja-kerja yang bakal dipikul oleh isteri.

Pada pendapat saya,tanggungjawab dan hak bagi suami dan isteri tidak pernah berkurang atau berlebih hanya kerana wang.Selagi tidak keluar dari garis panduan Islam,suami dan isteri boleh saja menjalani kehidupan mereka mengikut kesesuaian dan keselesaan,orang luar tak campur pon takpe.Apa pelik sangat ke tengok suami handle anak-anak,atau tengok suami memasak?

Saya takde niat lain kecuali berpropaganda semata.

10 comments:

adam said...

kalau korea pula oppa omma. Eh?

Main tabuh jek.

Perdebatan takde kesudahan nih. Berat mahu didiskusikan.

Oh ye mane graf kadaran langsung kamu?

Hehe.

Propa kamu buat jais pening kepale nanti nak urus hal masalah rumah tangga.

klohv said...

the graph can't be plotted coz the issue is somewhat irrelevant,at least for me.

those lelaki yg tak ikhlas bagi duit hantaran tu,apa yg mereka fikirkan sebenarnya?

saya tidak suka saling menyalahi kerana tiada siapa pun memaksa seseorang itu berkahwin jika perkara itu menyusahkan mereka.

ahmad said...

ada saja yang dipaksa kahwin, selalunya oleh pasangan mereka sendiri. dah sayang (atau taknak terlepas ke tangan orang lain), nak taknak terpaksalah kawin juga, walaupun menyusahkan diri sendiri.

adam said...

betul nasyrun cakap. lagipun dulu kamu semua ada diskusi pasal hal hantaran segala, adanya ibu mertua dan segala pengaruh keliling, makanya cerita takkan habis.

Grande itu sentiasa jadi bahan bualan.

Stended lelaki fikir benda lepas kahwin. nak beli rumah, bayar kete, duit sekolah anak2. Duit itu lebih penting untuk after marriage usage.

Kalau kamu bace blog cursingmalay, die punya point of view lebih kurang camtu la kalau tak silap saya baca dulu.

adam said...

Dan itu dari pandangan lelaki kebanyakan kot?

klohv said...

nasyrun,
Ahaha... Kesian aku dgr kes kena paksa dgn gf ni.Perempuan ni bila tgk lelaki takde pendirian dan takde kata putus,dia akan mula rasa insecure,the least lelaki boleh buat ialah bentangkan sejelas-jelasnya perancangan dlm kepala korang tu walaupun korang belum cukup duit.Sekurang kurangnya perempuan tu tahu kedudukan.Tapi lelaki,biasalah tak suka kecoh,berharap perempuan boleh baca guna kuasa telepati.

klohv said...

adam,
saya maklum kita semua kena fikir life selepas marriage,kahwin bukan hanya tentang kenduri saja dan saya takde apa nak diperkatakan tentang itu.

saya juga tak mahu bicarakan tentang wang hantaran yg melampaui batas sehingga membebankan pengantin kerana ia jelas-jelas adalah salah.

saya cuma ingin bangkitkan satu isu tentang bagaimana sesetengah lelaki tergamak menilaikan isteri yg dia pilih itu seperti sebuah barangan yg dinilaikan mengikut wang yg telah dilaburkan.

jika awalannya pun sudah ada dendam,saya tak tahu manakah letaknya berkat perkahwinan itu.

ahmad said...

sebenarnya aku merujuk pada kedua2 jantina hehe

klohv said...

lelaki kalau dah paksa perempuan kahwin selalunya dah ready dgn duit dan takdelah beliau nak merungut,jadi isu mengungkit ini tiadalah timbul.

kenapa ya aku tgk,perempuan lebih determine bila memutuskan keputusan.Kalau dah taknak kahwin tu,maka tak berlangsunglah majlis.Lain dgn lelaki dalam tak mahu,tup tup kahwin jugak..walau diri tidak rela (?).

switching affection is not easy,y'know.

adam said...

Mungkin bab tanggungjawab juga?

Lelaki biasa risau terlebih bab tanggungjawab. Ye lah nak kena jaga anak orang pula, benda bukan ringan2.

Kadang2 nya diri sendiri pun tak terjaga kan?