Tuesday, July 3, 2012

Darah II

Sepupu saya ialah seorang yang hampir sempurna.

Cantik,kaya dan berpegang teguh pada ugama;maksud saya perempuan yang menutup aurat termasuk kakinya menggambarkan dia bukanlah seorang yang calang-calang walau latar pendidikannya bukanlah dari aliran agama tulen.

Kita boleh jumpa ramai perempuan yang baik-baik (memanglah kerana begitulah perempuan diciptakan) tidak kira dalam genre mana pun seseorang perempuan itu meletakkan dirinya.Bak kata saya sendiri,jahat-jahat perempuan,jahat manalah sangat.

Yang menjadikan perempuan itu busuk hati,berdendam,curang dan khianat ialah kerana dia tidak mendapat asuhan yang cukup kerana sikap menyelamatkan keluarga daripada api neraka bukan lagi prioriti kita.Saya melihat sungguh ramai perempuan yang hatinya mulia tidak kira di mana tingkat spritualnya,mereka hanya memerlukan seseorang yang betul sahaja.

Berbalik kepada cerita sepupu saya,baru-baru ini dia berkahwin tepat ketika saya sedang melalui hari-hari bisu dan tidak boleh menghadirinya.Semuanya ok saja,kecuali sedikit drama,tetapi keseluruhannya terijab-kabul juga.

Sebahagian dari diri saya merasa begitu marah dengan mereka yang telah mensabotaj hubungan saya dengan sepupu saya itu sehingga kami tidak berpeluang menjadi sepupu yang baik kepada satu sama lain.Hubungan kami dijarakkan dengan cara yang tak mampu saya tangani,cukup halus dan menghiris hati.

Tidak seperti seorang sepupu yang sejati yang menyokong secara terang-terangan dengan menyelesaikan tugas-tugas fizikal,berlelah ke mari ke sana,saya hanya mampu mengirimkan sepotong doa kepadanya.

Sisi sensitif saya begitu ligat mengaitkan tindak-tanduk yang telah diputuskan oleh lapisan-lapisan tua dalam keluarga suatu waktu dulu,kini sudah mula menunjukkan bahana-nya.

Saya juga ingin menyatakan sesuatu yang tak akan sampai kepada sepupu saya itu,bahawa dia tetap mengagumkan tak kira apa yang telah dilaluinya,selama-lamanya akan menjadi sumber kejelesan terbaik saya.

Bukan kuasa kita memilih ujian,kerana kita ialah hamba yang layak diuji bagaimanapun caranya.

5 comments:

adam said...

Bisu tatkala membaca. Harap baik2 saja kamu dan sepupu kamu.

Mulut manusia bukan hak kita.

Jangan bercucuran air mata ye?

InsyaAllah kata kamu itu masih boleh disampaikan kepadanya.

klohv said...

Satu hari saya pula yg akan jadi lapisan tua,bimbang juga anak cucu menyalahkan perlakuan saya,atau mempersoalkan mengapa saya tidak bertindak seperti yg sepatutnya.

Utk diri sendiri,saya sudah lama maafkan benda-benda silam.Takde dendam,takde ralat.

adam said...

Adakala keputusan yang diambil tidak dilihat keputusan yang betul di mata orang.

tapi apapun diri sendiri yang lebih tahu.

klohv said...

kalau kita tahu apa kita nak,tak jadi masalah langsung.

kadangkala saya rasa saya ini bodoh juga.

adam said...

manusia tidak pernah bodoh, cuma tidak mengetahui. Sehebat Albert Einstein pun dia tidak tahu apa itu sambal belacan.

:)