Wednesday, June 27, 2012

Senarai duniawi

Obsesi terkini:

1.cardigan
2.eyeshadow
3.perut leper
4.green tea float
5.collagen
6.baju kurung cotton (sekarang trend polka dot lagi ke?)
7.baju kurung moden chiffon (plain macam scha al-yahya pakai)
8.wedges
9.tudung dengan permata yang sarat
10.pore refining
11.berjalan kaki dengan banyak dan laju

22 comments:

adam said...

Wishlist hari raya?

No 11 memang bagus di kala ramadhan dan syawal.

Ngigaukah di kala 5pagi meninggalkan emel atau memang hedak dibuat posting blog?

klohv said...

Mana der ngigau,respon utk cik pisey.sekarang pkl berapa kat tempat kamu?

adam said...

oh gitu.

Sekarang masih awal, baru pukul8 malam. Langit pun masih cerah.

Selalu tidur lambat?

klohv said...

8pm langit cerah ya.akhir2 ni selalu tidur lewat,semalam je tidur awal.

adam said...

yep masih cerah sebab musim panas sini siangnya panjang, selalu pukul 9 lebih baru gelap.

Oh kitaran tidur selalu lari. Samalah. Adakalaya awal selalunya lambat.

Kalau musim sejuk, pukul 5 lebih sudah gelap, pukul 8 pagi belum tentu cerah.

klohv said...

Sedangkan waktu yg fix pon sy dah hilang sense of timing apalagi yg berubahubah kan.

Lagipun saya mmg tak suka perubahan.Pegun.

adam said...

Oh..

Mahu jadi tugu negara?

Mungkin kamu calon yang baik.

Selalu tidur lambat buat apa?
Tak tengok bola?
Sekarang ini live euro 2012.

Saya tak gemarkan bola tapi tiada apa nak dibuat jadi saya sekadar menonton juga dalam terpaksa.

klohv said...

Dah agak dah kamu jenis tak Gila bola.

Jika yg bertanding tiada kaitan Dgn saya secara langsung,maka secara otomatis saya tak berapa follow.

klohv said...

Oh ya saya juga mengesyaki bahawa kamu takde geng sekarang sbb yg lain tgh layan bola.

adam said...

Oh boleh agak ek?

Tapi saya sukakan duit yang mengalir bila bermain bola. Untunglah kalau saya punya pendapatan sebegitu.

Haha

Kiranya kamu minat bola juga?

Saya sedang makan nasi lemak sekarang. Silalah makan sekali.

Haha

klohv said...

Saya baru saja Tumis sambal iklan bills tadi.kecewa sebab cili giling segera itu merosakkan keseluruhan rasa.pengajarannya jangan malas nak kisar cili kering,buruk akibatnya.

klohv said...

Duit yg mengalir sape yg tak suka.

adam said...

oh, lewatnya makan malam. paling lewat saya pernah masak untuk makan malam pukul 4 pagi.

Masaklah dengan kasih sayang, mesti sedap walau guna cili giling segera.

:)

klohv said...

Haha.masak dgn kasih sayang takkan menukar rasa Makanan.

Paling tidak pon,orang akan hargai susah payah kita bersilat di dapur dengan cara tak banyak komen,tapi tetap takkan makan Sampai habis.

Letih la masak tak sedap nih.sebab tu saya nak terus jadi bila masak.kalau tak jadi harus bad mood seminggu.

adam said...

sungguhlah kamu,

Kasih sayang buat makanan jadi sedap, tidak percaya tanya ibu-ibu dan anak2, selalunya dikata masakan ibu paling sedap.

Hehe.

Lamenye bad mood... kebuloq suami kena berlapar seminggu baru masakan sedap kembali.

Haha.

klohv said...

bercakap tentang masakan ibu,emak saya ialah pemasak nasi kerabu,nasi dagang dan laksa lemak yg paling sedap pernah saya makan.

Sampai sekarang saya tak pernah beli apa2 jenis gulai di kedai makan..sebab saya hanya boleh makan gulai mak saya..

jika makan di luar,saya akan ambil lauk Minang spt ikan keli belado,paru goreng atau begedil saja.Lauk yg mak saya tak pernah buat lah kiranya.

sebenarnya saya sendiri takdelah cerewet hal makan2 ni,janji sedap.

kamu pula orang mana?utara?selatan?

adam said...

Saya tidak pernah lagi rasanya memakan nasi kerabu,nasi dagang mahupun laksa lemak.

Keropok lekor selalu. Kesukaan saya bila pergi ke kelantan/terengganu.

Rumah kini selangor, lahir di Perak dan kedua kampung di situ juga tapi saya tak berapa gemarkan tempoyak mahupun durian.

Loghat Perak pun sangat fasik rasanya. Lebih banyak bicara kedah( kawan baik dulu orang parit buntaq).

Saya ada seorang kawan kelantan,tak makan pedas tapi sejak duduk dengan saya dan ajarnya memakan sambal belacan, dia kini boleh dikatakan sudah kuat walau masih berpeluh memakan makanan pedas. Haha.

Kamu makan pedas?

klohv said...

Saya boleh makan pedas.Tapi tak sehebat kawan saya org Muor tu.Masa saya umur 12 tahun,saya pernah makan sambal tumis petai di N9,ya Rabbi sangat membunuh,rasanya pedas semata-mata.

Saya tersangat suka sambal tempoyak dan durian.

Jgn terkejut kalau org boleh bergaduh hal kenegerian hanya kerana makanan.Poyo saja.

adam said...

haha,

Itu normal bila semangat negeri terlebih. Payah.
Malah di sini pun sama juga sifat kenegeriannya.

Baguslah kalau kamu memakan apa saja.

Saya agak karut sikit bab pemakanan.

Contohnya saya suka makan mempelam dan mangga tapi tak suka jusnya. Limau saya minum jusnya tapi tak gemarkan buahnya.

Haha.

klohv said...

saya suka ikan bilis goreng,tapi tak suka ikan bilis dalam sayur,tapi tak kisah pula kalau yg diletak dlm sayur itu itu dalam bentuk kiub ikan bilis.

adam said...

kan?

Sedar tak sedar semua manusia ade cerewetnya.

Haha.

klohv said...

cerewet diam2 takpe,banyak komplen nanti org jengkel.