Thursday, June 28, 2012

Darah

Semasa saya kecil,kirakira umur 8 tahun begitu,saya agak senang berkawan dengan anak sepupu saya yg pulang sekalisekala ke Kelantan krn keluarganya menetap di Kuala Lumpur.Lagipun umur kami sebaya.

Saya suka dengan rambutnya yang lurus,mukanya yang putih bersih dan losyennya yang wangi.Saya pula,walaupun tidak comot,tidaklah dapat menyaingi penampilannya.Mujur juga saya jenis tidak berhingus walaupun saya tak minum susu ibu kerana ibu saya terkena barah.

Kami juga berbeza loghat percakapan walaupun saling memahami apa yg dituturkan.Melihat betapa gembiranya dia ketika bermain,saya pon turun merasa gembira.(macam iklan susu tepung pulak bunyinya).Paling takleh lupa ialah sandal biru gelap Scholl klasik yang selalu disarungkannya.

Saya sangat selesa dgn dia sehinggakan saya berdoa supaya dapat Tukar ke sekolahnya di gombak nun.Sehingga kini saya hairan macamana saya tergamak berdoa sedemikian rupa,jika bersekolah di kl saya mahu duduk dgn siapa.

Menurut cerita ibu saya,sepupu saya itu berkawan dengan cikgu (mungkin dia jenis suka bodek cikgu atau kerana dia tiada kawan,entah saya kurang pasti sebabnya),malah ketika rehat pun akan ikut cikgu ke bilik guru.

Saya pula terus bersekolah di Kelantan,join kumpulan budak cun (selain cun,merekalah yang melayan saya dengan baik sehingga saya takde lagi rasa nak menangis) dan graduate sekolah rendah dengan cemerlang.

Tiba tiba kami semua besar.

9 comments:

adam said...

Oh cek mek kelate ropenye.

Kamu masih menetap di Kelantan?

Simpati untuk ibu kamu.

Saya cuba membayangkan kamu loghat tatkala berintonasi tapi malangnya perbendaharaan bahasa kelantan saya lemah. Ambo dok ghoyak kelate( see??)

Oh... klik budak2 cun.. mesti jenis budak2 lain main batu seremban, kamu berbicara tentang mekap. Haha

klohv said...

ya,masih menetap (dah tahap menumpang) di rumah ibu saya di kelantan sebab saya takde rumah lain.

Ibu saya sudah pulih dari barah dgn izin Allah,Alhamdulillah.

Jika bercakap dlm bahasa standard melayu,saya tetap takleh buang loghat Kelantan saya.jadi saya mmg selalu cakap campur2 saja,asalkan org faham.

Klik budak cun (minus saya) ada ramai peminat tapi takdelah pandai bermekap pun.Itulah,saya berkawan bukan sebab mereka tu cantik,apalagi nak tumpang pengaruh mereka,tapi kerana mereka serasi dgn saya.

Maklumlah saya baru pindah ke sekolah tu,ambil masa untuk sesuaikan diri.Budak2 lain pon saya berkawan juga,tapi diorang dah ada geng sendiri.

adam said...

Alhamdulillah untuk ibu kamu.

Saya kalau boleh mahu loghat juga, terutamanya loghat Perak. Saya suka sebab bunyinya kelakar dan lembut. Tapi sayang keAmerikaan menjadikan saya bercakap normal melayu dan adakalanya Kedah. Agak rugi disitu.

Cheewahhh. Rendah diri. Hikhik. Mesti jalan menuju ke kantin di waktu rehat tak pandang kiri kanan nih. Haha.

Kamu tahu negara yang saya diami sekarang tewas euro malam tadi. Kasihan sama mereka.

klohv said...

Loghat Peghok ni berubah ikut lokasi kan,kalau dah border Kedah mmg cakap utara.

Saya mengaku tak reti langsung nak ajuk loghat org lain.Tapi kalu ada kwn2 yg mahu kecek-kecek,saya layankan saja.

Melampau sangat ke kantin menunduk bagai,takdenya macam tu.

Tentang bolasepak,saya sebenarnya risau bila ramai yg vote negara angkat kamu itu sebagai juara.Nampaknya ketakutan saya sudah jadi kenyataan.

Jika menang bola,adakah mereka mempunyai habit untuk bercuti umum seperti yg diamalkan oleh negara tercinta kita tatkala memenangi apa-apa kejohanan?

Oh ya,closer to home,Kelantan menewaskan Selangor utk piala yg saya sendiri tak pasti.Rasanya Piala FA.

adam said...

Yes, loghat berubah ikut lokasi.

Lebih gemar bile dengar mereka bercakap teman, deme,kome. Sangat lembut.

Kenapa kamu risau kalau bergelar juara?

Rasanya tiada cuti umum, tapi sambutan yang menggila itu perkara biasa. Mereka terlalu fanatik.

Saya berharap juga mereka menang sebab bagi saya mereka layak. Tapi takde rezeki.

Tahniah untuk Kelantan.

klohv said...

saya tak kisah mana2 negara menang pon.

maksud saya,bila ramai expect sesebuah negara itu menang,keputusan akan jadi sebaliknya.

btw,saya rasa juara ialah Spain.

adam said...

oh...

Selalunya memang begitu, malang nasib mereka.

saya berharap Spain tak menang, saya tak gemarkannya. Lebih suka Italy menang.

Italy ada Alfa Romeo dan Prada.

Haha.

klohv said...

err...Spain ada apa...err..

adam said...

spain ade paella, tapi itu pun tak sesedap mane, lagi sedap nasi goreng warung.